Thursday, December 18, 2008

Tetapi…kenapa??…

Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak
baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan sua! mi, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak
baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak
baca

Kenapa tak baca?

Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas


dapat surat dari pejabat tanah
dalam bahasa melayu
kamu boleh baca

dapat surat lawyer
dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca

dapat surat daripada Allah
dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca

apa nak jadi?

Rugi rugi rugi

Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

Bangkitlah…Allah bersama kita.

Oleh : annas


dunia ini sudah lama serabut
penuh lara dan sengsara
saudaraku ditindas tanpa belas kasih
anak-anak itu terbiar
tiada rasa simpati tiada lagi
semuanya membutakan mata kasih
bangkitlah.. ...Allah bersama kita


segala kekejaman itu semakin leka
kita pula asyik dengan dunia dusta
sedikit yang berani meluahkan rasa
mempertahankan maruah kebenaran
diatas peri-kemanusiaan
atas rasa simpati dalam warna darah yang sama
membelai dengan alunan keikhlasan
penuh rasa kasih dan sayang
bangkitlah.. ..Allah bersama kita

senjata kita adalah doa
ukhuwah kita adalah semangat kasih
benteng kita berani atas satu kalimah
peluru kita atas nama jihad
sasaran kita atas panji kebenaran
penuh laungan takbir keberanian
menghancurkan tembok-tembok keliru
yang sudah semakin kejam diatas rasa kasih
yang sudah penuh kesesatan lara
bangkitlah.. ..Allah bersama kita

disini
suara anak-anak itu mengadu lara
penuh luka dan amat bisa sekali
mencari ibu yang sudah tiada
apatah lagi ayah yang sudah lama pergi
kejamnya mereka
merampas segala yang ada
merobek jiwa dan maruah kemanusiaan
mempersenda hukum Allah
diatas nama kehebatan kuasa diri
lupa pada saat-saat kematian menghampiri
rakus dan dayus pada cinta dunia
berhatikan nafsu iblis
bangkitlah.. ..Allah bersama kita

disini
siapa lagi yang diharapkan
ukhuwah itu kita satukan
kasih itu kita pereratkan
rasa belas kita semaikan
bangkitlah saudaraku
Allah bersama kita...
ALLAHUUAKHBAR. ....

Surat Jemputan Maut Yang Terbiar Sudah

oleh annas

"Kamu yang bernama Pemimpin
suatu hari nanti akan dipersoalkan ?
pada suatu janji dan amanah
bertemankan warna-warna keliru
yang sudah lama hidup ketandusan
tertipu diatas nama pangkat dan kuasa gila
menangis berselindungkan air mata dusta
sudah lupa pada segala
pada surat jemputan maut
yang sudah lama menghampiri



kamu yang bernama rakyat
asyik bertepuk sambil menari
beriramakan alunan rentak sesat
ada yang pandai mengampu dusta
ada yang bijak berkata-kata buta
ada yang sudah lama dilenakan
diatas nama harta melata
hilang segala maruah
bermandikan kilauan mabuk kuasa
sudah hilang segala
hingga lupa
pada surat jemputan maut
yang sudah lama menghampiri


kamu dan kamu yang bergelar manusia
apa lagi yang kamu mahu
tak puas lagikah
atau
sudah lama terlena
dalam kemaruk-kemaruk sisa dunia
dalam barisan yang sudah semakin kucar
hilang rasa simpati hilang ukhuwah kasih
segalanya semakin kelam
teramat menyakitkan
hingga lupa
pada surat jemputan maut
yang sudah lama menghampiri


kamu
cuba sedarkan diri
pada perintah yang sudah lama dilupakan
pada larangan yang semakin dijajah
berani mendustakan segala amanah
hingga diri semakin derita
berpayungkan beban-beban dosa lara
hidup merempat pada cinta segala
yang sudah lama sarat
hingga lupa
saat-saat kematian sudah menghampiri


kamu
kembalilah
pada jalan-jalan kebenaran
sebelum
surat jemputan datang menghampiri
merobek segala maruah diri
sakit bukan kepalang
pedih yang tiada luka
teramat menyakitkan
tiada lagi teman disisi
apatah lagi pangkat dan kuasa
segalanya akan pergi
pasti


kamu
maut sudah menghampiri
sudah kita bersedia ?

Tuesday, December 16, 2008

Bayi Dalam Mangkuk Tandas (15 Disember 2008)

kau tidak bersalah kau bukanlah hina
ratapanmu penuh hiba dalam tangisan
hari ini kau diselamatkan tapi ramai lagi ntah dimana
manusia hari ini penuh dosa
hukum tuhan tidak perlu nafsu menguasai diri

semua orang bangkit la kembali
kembalikan maruah insan suci
jangan saling membenci
jangan saling menuding jari
carilah tuhan yang kekal abadi
hidupkan jiwa yang penuh benci
menghadapi realiti yang kini ngeri

sesusuk tubuh tiada dosa
akibat nafsu puaka 2 insan kurang agama
lahirlah bayi yang tidak berpunya
dibuang seumpama sampah
tidak perlu dikeji
tidak perlu ditakuti
mereka insan mahukan kasih sayang

hari ini aku hidup dalam alpa
akibat suasana yang penuh pancaroba
aku mohon tuhan ku Allah
tunjukkan aku jalan yang benar
dalam mengharungi detik ini
yang pasti mati menghampiri

akmal 16 Disember 2008 4.35pm

Wednesday, September 24, 2008

Suara yang tidak kedengaran

Oleh setisab

"Suara yang tidak kedengaran.
Selagi mampu ku pendam.
Memberontak dalam diam.
Dalam sepi hati ku berkata.

Aku ditipu, dinafikan.
Aku dimalu, difitnahkan.

Hak bangsa ku dicuri, dihamburkan.
Hak bangsa ku dicicir, dimusnahkan.
Hak bangsa ku digadai, dilupuskan.

Agama ku dipermudah, dipermainkan.
Agama ku diremeh, dirobak-rabikkan.

51 tahun lamanya kepada kau ku gantung harapan.
51 tahun lamanya kepada kau sanjungan ku berikan.

Kau hancurkan segala harapan.
Kau musnahkan segala sanjungan.
Akan ku tuntut hak ku dikembalikan.

Harapan ku bukan kepada kau lagi.
Sanjungan ku tidak untuk kau lagi.
Undian ku jangan kau tagih lagi.

Wahai ALLAH aku mohon pertunjuk.
Wahai ALLAH aku mohon bantuan.
Wahai ALLAH aku mohon segalanya.

Dengan kebesaran dan kekuasaan Mu wahai ALLAH.
Dengan rahmat dan keredhaan Mu wahai ALLAH.

Aku bermohon dan bermunajat kepada Mu wahai ALLAH.
“Wahai maha Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini.
Gagalkanlah cita-cita zalim Barisan Nasional untuk
terus memerintah negara ini”

Amin Ya Rabbal alamin.

Dipetik dari

http://www.kerajaanrakyat.com/

Thursday, September 11, 2008

Sajak Cinta Pembayar Cukai

Oleh abangraja

"

Takkanku lari membayar cukai
Kerana pasti akan datang dalam sekelip mata...
Surat amaran bertali arus
Pegawai bangang mengugut mendengus
Agar cukai dibayar segera
Demi negara yang tercinta...



Ku bayar cukai tahun demi tahun
agar negara beroleh sejahtera
agar rakyat kekenyangan sumber
agar infrastruktur gah terlaksana
agar jambatan teguh terbina
agar bangunan kukuh selamanya...

Cukaiku tinggi tidak terkata
Hatiku redha demi cintaku pada negara
demi anak bangsa dan agama
demi si miskin Bersamamu TV3
Tapi bukan demi kerajaan Barisan Nasional

Kerana...
Barisan Nasional perompak negara
Buat sekolah claim projek dia yang punya
Buat jalan claim projek dia yang punya
Buat apa saje besar signboard tulis
"Ini Projek Barisan Nasional"
Macamlah orang Pas dan DAP tak bayar cukai selama-lamanya

Ku bayar cukai setiap tahun setiap masa
Tapi bila pilihanraya tiba
Barisan Nasional guna duit cukai untuk berbelanja
Beratus juta jumlahnya
Sampaikan lebih had yg sepatutnya
Duit aku dan duit rakyat tu semua...
Bukan duit Barisan Nasional
Sungguh keji kalian semua
Akanku tuntut di alam sana...

Bertahun ku bayar cukai bila tiba masa
Tapi ekonomi semakin menderita
Inflasi tertinggi telah tercipta
Kadar pengangguran semakin ketara
Indeks Jenayah semakin tercela
Rangking universiti menjunam kesemuanya

Yang kaya...
Kroni dan menteri Barisan Nasional...
Pergi bercuti ke Taiwan di bulan puasa
kononnya nak belajar agriculture

Takkan ku redha kalian semua
Akanku tuntut di alam sana...





copyright reserved (c) rshamri@hotmail.com (2008)
http://prokel.blogspot.com
Pakatan Profesional Muda Anak Kelantan (PROKEL)

Thursday, June 5, 2008

melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Friday, May 30, 2008

polis lakhnat!!!.....tragedi Bandar Mahkota Cheras

kau memang celaka...engkau ingat engkau kuat...
boleh la kalau ada pistol dipinggang...
mari kita lawan satu sama satu...
engkau ingat kau ada kuasa....
engkau boleh buat sesuka hati...
hormati la orang lain....mereka ada maruah...
engkau juga ada maruah....

mana slogan mu...tegas adil dan berhemah...
lambang harimau gagah sekuat harimau...
tapi otak pun pakai otak harimau...
pakai la otak manusia kawan...

habis semua engkau belasah...apa punya orang...
arahan pihak atasan ke....dia tuhan ke....
takut la kat tuhan kawan....
tak malu ke...korang gaji pun pakai cukai rakyat...
citt poooodah!!!!....integriti amalan kita katanya....
hahah....hahah...hahah....

pejuang sadis : buat ezam

aku sedih...mereka sedih...semua sedih
aku tertipu....mereka semua tertipu....
engkau ibarat meludah ke langit
mana sumpah keramat mu...mana janji mu...
pejuang apa ini...contoh apa ini...
engkau jangan main2...sumpah mu pasti memakan diri mu...
duit bukan segala...harga diri paling utama...
biar la mati di dunia...atas dasar keadilan...
yang pasti puas berjuang...

ubah la wahai saudara..
bukan memujuk tapi ingat lah sebelum terlambat...
kita hidup hanya sementara...
mana semangat lamina mu...
mana laungan keramat mu...

aku bukan reformis...
tapi aku mengenal mu sebagai seorang pejuang...
aku tak sekuat mu...sanggup masuk penjara...
tapi aku manusia biasa yang mahukan keadilan...

keadilan bersama...cinta sesama manusia...

akmal 30/05/08

Tuesday, April 15, 2008

POLITICAL DEATH METAL


aku ngan faze dah nak idupkan balik VIOLENCE...konsep mungkin death metal tapi kali ni political death metal...tunggu dah lihat...